Selasa, 14 Februari 2012

my blog

Minta maaf kepada semua kerana blog ini sudah lama tidak aktif..sekarang ni amat bz skit,..insyaallah akan cuba untuk meng update blog ni dari semasa ke semasa..^__^

Khamis, 25 Ogos 2011

fadilat hari jumaat

Hari jumaat adalah penghulu segala hari..

ada dua waktu di antaranya yang mustajab doa..

  1. selepas khutbah pertama.
  2. waktu asar sebelum masok waktu maghrib.(antara waktu yang mustajab doa)

Ahad, 21 Ogos 2011

hmmmmm!!!

Indahnya pagi yang hening ini dengan kilauan burung yang menengkan fikiran...


Sedar-sedar sudah 22 ramadhan tahun 2011 dah...ya alllah alangkah cepatnya dikau berlalu tanpa menggu....

Rabu, 10 Ogos 2011

Ketenangan


Alhamdulillah tenangnya diri ini apbila berada di sebuah tempat yang ba
nyaknya ilmu dan bahan bacaan yang bermanfaat..


perpustakaan kolej university insaniah.

Selasa, 9 Ogos 2011

Kesakitan . . .

kesakitan mengajar kita erti kesabaran..
jadikanlah aku seperti sahabat-sahabat rasulullah yang resah gelisah apa bila tidak di uji dengan kesakitan..

Moga ia menjadi kaffarah dosa-dosaku..

Isnin, 8 Ogos 2011

Adakah kita bebas..?


Adakah kita sudah bebas seperti burung merpati yang putih terbang melebarkan sayapnya..

Atau pun kita ibarat kucing yang masih dibelai oleh tuannya.....


Sabtu, 2 Julai 2011

Jauhi Berburuk Sangka Dan Ujub

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Sifat buruk sangka, bangga diri, ujub dan sombong adalah sifat-sifat mazmumah yang perlu kita jauhi. Tanpa kita sedari bahawa apabila sifat-sifat ini telah bertapak dalam hati kita akan menyebabkan hati kita berpenyakit dan akan merosakkan amalan kita kepada Allah S.W.T.

Terdapat satu kisah seorang ulama sufi bernama Hassan al-Basri dengan seorang pemuda berdua-duaan dengan seorang wanita.

Suatu hari di tepi sungai Dajlah, Hassan al-Basri melihat seorang pemuda duduk berdua-duaan dengan seorang wanita. Di sisi mereka terletak sebotol arak. Lalu Hassan berbisik "Alangkah jahatnya orang itu dan alangkah baiknya kalau dia seperti aku!"

Tiba-tiba Hassan melihat sebuah perahu di tepi sungai yang sedang tenggelam. Lelaki yang duduk di tepi sungai tadi segera terjun untuk menolong penumpang perahu yang hampir lemas. Enam dari tujuh penumpang itu berjaya diselamatkan.

Kemudian dia berpaling ke arah Hassan al-Basri dan berkata, "Jika engkau memang lebih mulia daripada saya, maka dengan nama Allah, selamatkan seorang lagi yang belum sempat saya tolong. Engkau diminta untuk menyelamatkan satu orang saja, sedang saya telah menyelamatkan enam orang."

Bagaimanapun Hassan al-Basri gagal menyelamatkan yang seorang itu. Maka lelaki itu bertanya padanya. "Tuan, sebenarnya wanita yang duduk di samping saya ini adalah ibu saya, sedangkan botol itu hanya berisi air biasa, bukan arak. Ini hanya untuk menguji tuan."

Hassan al-Basri terpegun lalu berkata, "Kalau begitu, sebagaimana engkau telah menyelamatkan enam orang tadi daripada bahaya tenggelam ke dalam sungai, maka selamatkanlah saya daripada tenggelam dalam kebanggaan dan kesombongan."

Orang itu menjawab, "Mudah-mudahan Allah mengabulkan permohonan tuan."

Semenjak itu, Hassan al-Basri selalu merendahkan diri bahkan ia menganggap dirinya sebagai makhluk yang tidak lebih daripada orang lain.

"Sesungguhnya orang-orang yang percaya pada keterangan Kami, ialah orang yang apabila dibaca ayat-ayat itu kepada mereka, mereka sujud, tasbih memuji Tuhan dan mereka tidak menyombongkan diri. Mereka meninggalkan tempat tidurnya menyeru Tuhannya dengan perasaan penuh kecemasan dan pengharapan dan mereka membelanjakan (di jalan kebaikan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka," (Surah as-Sajadah:15-16)


sekian sumber : i l u v e i s l a m