Isnin, 6 Julai 2009

SIKAP
Terdapat tiga ratus anggota polis yang membunuh diritiap-tiap tahum di amarika. sepuluh diantaranya berlaku di kota metropolitan new york. sejak tahun 1987 jumlah anggota polis yang membunuh dirisemakin ramai. fenomena ini menggelisahkan penguasa maka kerajaan pun segera melakukan siasatan puncanya.


Akhirnya, badan tersebut berkesimpulan bahawa punca utamanya adalah keadaan lingkungan yang terus-menerus menekan mentel mereka. mereka terus dituntut untuk menahan diri sekalipun dalam keadaan tersepit, dituntu untuk dapat bertahan menghadapi tekanan-tekanan yang semakin kuat sesuai meningkatnya bilangan kejahatan, dan dituntut untuk bertahan menghadapi bemacam-macam penderitaan kerana hubungan langsung denagn orang-orang jahat dan menyaksikan pelbagai jenis mengsa kejahatan.


Kesimpulan selanjutnya adalah kewujudan senjata ditangan mereka. Yang memudahkan jalan mereka kearah membunuh diri.
Dalam penelitian itu juga ada disebutkan bahawa 80% dari tragedi bunuh diri itu dilakukan menggumakan senjata mereka sendiri. dam semuanya melakukannya denagn pistolnya sendiri.

Selasa, 30 Jun 2009


Ketika memegang jawatan pengerusi furom perdana.


Forum perdana itu bertajuk permasalah sosial para remaja masa kini,yang mana banyak isu-isu remaja dibangkitkan pada masa itu..dengan kupasan ahli-ahli panel yang cukup mantap-mantap belaka..

SENTIASALAH BERSIKAP SABAR..

Sabar adalah cahaya bagi seorang mukmin. Sabar dalam menghadapi segala cubaan ujian yang didatangkan oleh allah S.W.T sabar dalam menahan kekecewaan. Sabar terhadap sikap-sikap dan keranah kawan-kawan yang bermacam-macam. Sabar dalam melakukan sebarang tugas dan arahan yang diberikan oleh guru dan sebagainya. Pokoknya di dalam setiap keadan dan setiap masa hendaklah bersabar.

Orang yang kurang sabar, sering hilang pertimbangan. Apabila hilang pertimbangan,tindakan yang tidak sepatutnya berlaku akan berlaku. Ini akan merugikan diri sendiri. Fikirlah masak-masaksebelum melakukan sebarang tindakan dan perbuatan. Hasilnya tetap dua sama ada menguntungkan atau merugikan diri sendiri.

Kesabaran adalah akar tunjang keperibadian seorang mukmin. Sebagaiman sabda rasulullah S.A.W yang bermaksud: sungguh ajaib perkara mengenai seorang mukmin, semua perkara itu baik dan tidak aada seseorang pun yang dapat memilikinya kecuali orang yang beriman. Jika ditimpa oleh sebarang keburukan, ia tetap akan bersyukur dan keburukan itu adalah suatu benda yang baik untuknya. Jika ditimpa oleh keburukan dia akan tetap bersabar, walau dengan apa cara sekali pun. Dan ketahuilah bahawa sabar itu adalah salah satu dari cabang iman.

Sabtu, 30 Mei 2009


Kawan-kawanku di MTK yang takkan kulupakan selamanya..moga-moga menjadi kenangan terindah buatku.. teruskan perjuanganmu wahai sahabat-sahabatku..

AKU ADALAH INSAN BIASA

Aku adalah seorang maanusia biasa yang tidak pernah lepas dari dosa dan salah silap setiap hari..aku inginkan perubahan yang agak ketara tetapi apa dayaku aku hanyalah insan biasa yang selalu melakukan dosa...daku amat bersyukur kerana dikurniakan ibu tunggal yang amat penyayang beliau tabah hati menjagaku dan abang-abang..kini kedua abang-abangku telah berada diluar negara untuk menyambung pelajaran mereka..aku hanya menanti-nanti giliranku pulak..dengan semangat ransangan yang diberikan oleh ibuku kepadaku insyaalah kan ku menjadi seorang mujahid yang memegang panji rasulullah (S.W.T) pada suatu hari nanti..inginku mejadi seperti sifat-sifatmu wahai kekasih allah..ingin kubertemu denganmu wahai kekasih allah....



POST BY SuHaIb..

Ahad, 15 Mac 2009

Persahabatan selamanya..persahabatan yang tidak mudah putus walaupun jauh dimata tetapi dekat di hati..ukhuwah-ukhwahku teruskanlah perjuangan kita walaupun ku tiada di sisimu..aku hanya dapat mendoakan kejayaan kita bersama..moga-moga bertemu di menara gading kelak

Jumaat, 5 Disember 2008

CiRi-iDaMaNkU

CIRI-CIRI iDaMaNkU…
Ingin menjadi seorang lelaki yang sifatnya,
Ialah seorang buta,bisu, bakhil dan papa…
Biarlah dia seorang yang buta
Buta, Kerana matanya sunyi daripada melihat perkara-perkara maksiat dan lagha
Kerana matanya terpelihara daripada memandang aurat wanita ajnabi
Asalkan kedua matanya terang dalam memerhatikan keagungan ciptaan Allah
Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam di Palestin, Ambon, Bosnia dan seumpamanya
Biarlah dia seorang bisu
Bisu, Bisu daripada pujuk rayu yang bisa menggoncang keimanan
Bisu daripada mengungkapkan ucapan yang bisa meracun fikiran
Bisu daripada perkataan yang bisa mendatangkan kekufuran
Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingat Tuhan
Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran
Asalkan dia petah membangkang kemungkaran
Dan lantang menyuarakan kebenaran
Lelaki yang aku idamkan ialah seorang yg bakhil
Bakhil, Bakhil dalam memberi senyuman
Pada wanita yang bukan mahramnya
Bakhil dalam meluangkan masa bertemu janji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya
Bakhil untuk menghabiskan wang hanya kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya
Tetapi dia begitu pemurah meluangkn masanya untuk beribadah kepada Khaliqnya
Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya
Pemurah dalam memberi nasihat dan teguran
Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya
Bahkan nyawanya sendiri untuk melihat kalimah LAILAHAILALLAH
Kembali megah di muka bumi
Lelaki yang aku idamkan adalah seorang yang papa
Papa, Papa dalam melakukan perkara maksiat
Papa dalam ilmu-ilmu yang tak berfaedah dan bermanfaat
Papa memiliki akhlak mazmumah
Tapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan
Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlak dan budi pekerti yang mulia
Dia begitu kaya dengan sifat sabar dalam mengharungi tribulasi kehidupannya
Dan dia seorang yang kaya dalam membina jati diri
Dia mahu menjadi seorang syuhada Yang syahid di jalan Maha Esa
Persoalannya...
Masih adakah lelaki idaman itu??