
komentar anda amat dihargai..
Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.


Apa yang penting, katanya, mengambil kefahaman serta pengajaran dari kelahiran Nabi s.a.w. dengan menghayati ajarannya yang sebenar.
“Marilah kita mengambil kefahaman dari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. dan kerasulannya ketika umat Islam di seluruh dunia menyambut peristiwa yang besar ini bukan hanya sekadar mengagungkan cogan kata dan lambang-lambang yang dimegahkan tanpa menghayati ajarannya yang sebenar,” ujarnya ketika menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Rusila, hari ini.
Bahkan, katanya Allah SWT mewujudkan keadaan dunia yang benar-benar berhajat kepada petunjuk daripada Allah yang dibawa oleh seorang rasul yang paling hebat di kalangan rasul-rasul yang diutuskan.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menambah, cahaya Allah Taala (Islam) itu tidak akan dapat dipadamkan oleh sesiapa sahaja termasuk kuasa besar dunia.
Menurutnya, meski pun umat Islam mengalami ‘hakisan’ serta kekurangan yang lemah hingga berlaku pasang surut tetapi agama Islam itu tetap akan terpelihara serta tidak boleh dihapuskan pada hari ini hingga ke hari kiamat.
sumber : HARAKAHDAILY.NET
Alhamdulillah program kem solat ini telah berjaya dijalankan dengan lancar sekali.
tetapi alhamdulillah mereka dapat mengetahui sedikit sebanyak tentang islam walau pon diri sendiri sudah menjadi seorang muslim. jadi kami berasa sebagai satu tanggungjawab sebagai muslim untuk membimbing mereka, walaupon dengan usia yg agak muda tetapi kusahut cabaran ini. alhamdulillah dengan pelajar seramai 55 orang, dan fasilitator lelaki seramai 6 orang termasuk lah ana, dan fasilitator banat seramai 8 org, alhamdulillah. semoga dapat lagi kita lagi mengadakan program seperti itu lagi. untuk pengetahuan semua proram ini telah dijayakan dengan anjuran ISMA(ikatan muslimin malaysia) dengan kerjasama PEMBINA(persatuan belia nasional) dan KRIM(kelab remaja isma)...| |
| |
TEHERAN - Polis Iran bertempur dengan penyokong-penyokong arkitek Revolusi Iran, Ayatollah Hossein Ali Montazeri (gambar) selepas pengebumian ulama terkenal itu di Qom, 1,081 kilometer dari sini semalam.
Ayatollah Hossein meninggal dunia pada Sabtu lalu semasa berusia 87 tahun dan dia amat diingati kerana memberi inspirasi kepada rerformis Iran dan aktivis hak asasi serta mengkritik rejim ulama.
"Menurut laporan, polis dan pasukan keselamatan bertempur dengan sekumpulan orang ramai selepas pengebumian Ayatollah Hossein Ali," lapor laman web pembangkang, Kaleme.org.
"Anggota-anggota polis menangani tindakan orang ramai yang menjerit slogan di depan rumahnya manakala terdapat sejumlah orang membaling batu ke arah mereka," kata laporan tersebut.
Laman itu melaporkan ratusan ribu penduduk menghadiri majlis pengebumian tersebut dan sebahagian besar mereka memakai lilitan kain berwarna hijau iaitu simbol kumpulan antikerajaan.
Pemimpin pembangkang, Mir Hossein Mousavi dan Mehdi Karroubi turut hadir namun pengebumian tersebut dicemari dengan pergaduhan antara para penyokong kerajaan dan penentang.
"Kumpulan Ansar Hezbollah datang dan mahu mengganggu pengebumian.
"Mereka (anggota kumpulan itu) meninggalkan upacara pengebumian itu selepas bergaduh dengan sekumpulan penduduk," kata laman web Rahesabz.net.
Ulama itu merupakan arkitek Revolusi Islam pada 1979 yang menggulingkan pemerintahan beraja Shah Iran dikebumikan di kawasan makam pemimpin ternama Syiah, Masoumeh di bandar Qom. - AFP
sumber-kosmo online
MOGADISHU - Sekumpulan militan Islam memaksa penduduk melihat mereka merejam seorang lelaki sehingga mati kerana berzina di Somalia, lapor sebuah akhbar semalam.
Kumpulan itu turut membunuh seorang lelaki kerana didakwa sebagai pembunuh.
Menurut beberapa saksi, hukuman itu mencetuskan pertempuran senjata antara kumpulan tersebut dengan kumpulan lain dengan mengakibatkan tiga militan terbunuh.
Kejadian berlaku di Afgoye, 32 kilometer dari sini pada Ahad lalu.
"Tiga anggota pejuang kumpulan Hizbul Islam terbunuh dan lima lagi cedera apabila mereka saling bergaduh antara satu sama lain," kata seorang pekedai, Halima Osman.
"Sebahagian anggota kumpulan itu mahu menangguhkan hukuman manakala yang lain menentangnya.
"Anggota-anggota itu kemudian berbalas tembakan.
"Kumpulan yang menentang hukuman itu tewas dan kemudian melarikan diri," tambahnya.
Sebelum dijatuhkan hukuman mengikut undang-undang syariah, Hakim Osman Siidow Hasan memberitahu penduduk, dua lelaki itu mengaku melakukan kesalahan selepas siasatan dilakukan.
Seorang wanita yang mengaku melakukan hubungan seks di luar nikah turut dihukum 100 kali sebatan.
"Ini merupakan hari penghakiman," kata Osman kepada orang ramai.
"Kami telah melakukan siasatan dan mereka sudah mengaku," tambahnya.
Hukuman itu dibuat selepas pertempuran antara kumpulan yang menentang dan kumpulan yang mahu hukuman itu dilaksanakan dengan segera berakhir.
Seorang anggota keluarga mangsa yang dibunuh kemudian menembak mati penembaknya yang telah ditangkap.
Pesalah zina tersebut, Mohamed Abukar Ibrahim ditanam di dalam lubang sehingga ke dada dan direjam sehingga dia mati.
"Saya tidak sanggup untuk melihatnya," kata seorang lelaki, Ali Gabow.
Menurutnya, seorang wanita yang mengaku berzina itu dihukum 100 kali sebatan kerana dia menyatakan dirinya masih belum berkahwin. - Agensi
sumber- Kosmo

Timbalan Presiden Tribunal Perlindungan dan Imigresen, Mark Ockelton berkata, perkahwinan mereka tidak boleh dianggap sah mengikut undang-undang England kerana pada masa sama mereka telah berkahwin dengan orang lain.
Omar, 28, sebelum ini membuat rayuan berhubung permohonannya untuk berpindah ke Britain yang ditolak pada April 2008 lalu.
Dia mahu berpindah ke Britain dengan seorang wanita Britain, Zaina Alsabah, 54 yang didakwa Omar dikahwininya pada 2007 di Arab Saudi.
Pada tahun lalu, pihak berkuasa Britain menyatakan punca Omar tidak dibenarkan memasuki negara itu ialah kerana dia masih menunjukkan kesetiaan pada bapanya.
Pihak berkuasa Britain turut menyatakan kehadirannya di negara itu akan mencetuskan kebimbangan di kalangan orang awam.
Omar, yang mendakwa tidak pernah menemui bapanya sejak tahun 2000, ialah anak keempat daripada 11 beradik menerusi isteri pertama Osama.
Isteri Omar itu yang dikenali sebagai Jane Felix-Brown sebelum memeluk agama Islam pernah berkahwin sebanyak lima kali.
Menurut tribunal itu, kesihatan isteri Omar itu berada pada tahap yang teruk dan dia menghidap penyakit sklerosis. - AFP
Sumber- kosmo