Selasa, 30 Jun 2009


Ketika memegang jawatan pengerusi furom perdana.


Forum perdana itu bertajuk permasalah sosial para remaja masa kini,yang mana banyak isu-isu remaja dibangkitkan pada masa itu..dengan kupasan ahli-ahli panel yang cukup mantap-mantap belaka..

SENTIASALAH BERSIKAP SABAR..

Sabar adalah cahaya bagi seorang mukmin. Sabar dalam menghadapi segala cubaan ujian yang didatangkan oleh allah S.W.T sabar dalam menahan kekecewaan. Sabar terhadap sikap-sikap dan keranah kawan-kawan yang bermacam-macam. Sabar dalam melakukan sebarang tugas dan arahan yang diberikan oleh guru dan sebagainya. Pokoknya di dalam setiap keadan dan setiap masa hendaklah bersabar.

Orang yang kurang sabar, sering hilang pertimbangan. Apabila hilang pertimbangan,tindakan yang tidak sepatutnya berlaku akan berlaku. Ini akan merugikan diri sendiri. Fikirlah masak-masaksebelum melakukan sebarang tindakan dan perbuatan. Hasilnya tetap dua sama ada menguntungkan atau merugikan diri sendiri.

Kesabaran adalah akar tunjang keperibadian seorang mukmin. Sebagaiman sabda rasulullah S.A.W yang bermaksud: sungguh ajaib perkara mengenai seorang mukmin, semua perkara itu baik dan tidak aada seseorang pun yang dapat memilikinya kecuali orang yang beriman. Jika ditimpa oleh sebarang keburukan, ia tetap akan bersyukur dan keburukan itu adalah suatu benda yang baik untuknya. Jika ditimpa oleh keburukan dia akan tetap bersabar, walau dengan apa cara sekali pun. Dan ketahuilah bahawa sabar itu adalah salah satu dari cabang iman.