Rabu, 11 November 2009

Niat..

Niat adalah suatu perkara yang agak penting dalam kehidupan seharian maanusia. Sabda rasulullah yang bermaksud “setiap perkara yang dilakukan mesti berniat” setiap perkara yang kita lakukan mesti ada niat tertentu sama ada baik atau buruk.kita sebagai seorang pelajar atau seorang pekerja atau seorang pendakwah mestilah sentiasa memperbaharui niat kita.

Kelebihan kita yang telah diberi oleh allah suhanahu wataala kepada kita ialah sebagai seorang muslim setiap perkara yang diniat untuk melakukan perkara baik akan mendapat pahala walau tidak melakukan perkara tersebut. Namun jikalau kita berniat kepada perkara kejahatan nescaya ia tidak akan mengiranya jika kita tidak melakukannya.

Niat mesti selalu diperbahurui di setiap masa atau setiap kerja yang akan kita lakukan, kerana kita khuatir kerja yang kita lakukan itu akan berunsur riak, riak amat dimurka oleh allah. Moga-moga setiap perkara yang kita lakukan akan mendapat keberkatan dari allah subhanahu wataala.