Sabtu, 29 Ogos 2009

janganlah membiarkan ramadhan pergi dengan sia-sia..




Ramadhan bulan adalah bulan yang paling mulia diantara bulan-bulan yang lain, bulan yang amat dinanti-nanti oleh orang-orang islam sedunia bahkan bukan sahaja orang-orang islam sahaja yang menantinya bahkan orang-orang yang bukan islam jugak begitu kerana dalam pendapat mereka itu adalah bulan yang menguntungkan hasil jualan mereka,ramadhan juga merupakan bulan tranformasi diri kita untuk membentuk sahsiah seorang muslim yang benar-benar beriman,bulan untuk kita melatih diri untuk menjadi seorang mijahid fisabilillah.

Tetapi pemikirang orang masyarakat di sekeliling kita sekarang sudah menjadi tanggapan yang rojak terhadap ramadhan mereka hanya menyambut bulan puasa tetapi bukan bulan ramadhan, mungkin mereka ini sangat hebat di bulan ramadhan samapai tidak dapat meninggalkan puasa.solat tarawih dan sebagainya masyallah bulan puasa ni memang cukup hebat kerana semua masjid-masjid surau-surau akan di penuhi dengan meriah sekali, memang cukup hebat masyarakat kita sekarang, solat subuh yang hanya ada mungkin kebiasaannya hanya ada satu atau dua saff sahaja, tetapi pada bulan ramadhan ni alhamdulillah penuh saff-saff, tetapi kemana pergi mereka-mereka ini selepas bulan ramadhan ini, masjid-masjid kembali sunyi,rumah-rumah allah ini kembali sunyi tidak ada lagi keriuhan-keriuhan orang mukmin.

Ramadhan sekarang ini bukan lagi seperti ramadhan yang betul-betul hidup, kalau kita tengok ramadhan-ramadhan yang di zaman rasullullah s.w.t. yang mana pemuda-pemuda mereka ternanti-nanti ramadhan ini sendiri untuk menghapuskan segala dosa-dosa mereka dan ingin membuka buku baru bagi cacatan hidup mereka ini, dan rasulullah berkata janganlah kamu tertanya-tanya akan bli datangnya ramadhan tetapi berdoalah supaya kamu dapat sampai ke bulan itu.. sebelum waktu berbuka puasa adalah doa yang sangat mustjab..

Sabda rasulullah s.w.t.:
“Apabila datang bulan Ramadhan dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan ” riwayat Al-Bukhari.
Pada bulan Ramadhan kegembiraan di dalam hati-hati mereka yang beriman berlipat ganda berbanding bulan-bulan yang lain, dimana pada bulan ini terdapat kesejahteraan didalam ibadat-ibadat, berlumba-lumba melakukan amal-amal kebaikan dan kebajikan, berlumba-lumba dalam menjauhi maksiat dan perkara-perkara yang haram, ini menunjukkan penambahan iman di dalam hati-hati mereka, mereka suka bersedekah agar ditulis sebagai ahli syurga, yang mana sebuah pintu ( Rayyan ) daripada pintu-pintu syurga disediakan khas bagi mereka yang berpuasa.


Jadi semoga kita dapat belumba-lumba dalam membuat kebaikan dan meninggalkan kemungkaran menjauhi perkara-perkara yang dilarang dan da[at menghidupkan ramadhan al-mubarak ini..”jadilah hambaku dan jangan menjadi hamba ramadhn”..semoga kita dapat menjadi mujahid sepanjang bulan dan dapat menjadi hamba allah..dan jadikanlah ramadhan sebagai bulan kemenanmgan kita..

Renung-renungkanlah....


Post by muhammad suhaib