Ahad, 12 Julai 2009

MENUNAIKAN AMANAH JIKA DIBERI AMANAH

Amanah adaah satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan sebaik mungkin. Amanah mungkin dalam bentuk jawatan yang dipegang, harta atau wang yang dititipkn ataupun diserahkan untuk menjaganya mahupun kiriman salam yang dikirimkan. Tidak menyebarkan keburukan orang lain juga dikira sebagai amanah.

Seorang murid amanahnya adalah pelajaranya, harta-harta sekelohnya, dan lain-lain lagi yang bersangkutan dengan pembelajarannya. Seorang pelajar akan dianggap memecahkan amanah jika mengabaikan pelajarannya, merosakkan harta benda milik sekolahnya, mencela guru-gurunya dan lain-lain lagi perbuatan yang negaif.

Mingintip atau mendengar percakpan orang lain juga termasuk juga dalam golongan memecahkan amanah (khianat). Janganlah mengatakan seseuatu dengan beralaskan atau menggunakan (eksplotasi) nama orang lain, padahal ianya direk-reka sendiri. Meniru kertas jawapan orang lain di bilik peperiksaan juga dikira sebagai pengkianat. Berlagak serba-serbinya tahu sedangkan diri sendiri tidak mengetahuinyadikira juga sebagai pecah amanh atau khianat.sebagi seorang yang menuntut ilmu hendaklah kita menghindari dari benda-benda ini.

Hindarilah dari sifat pecah amanah, lantaran alamat kemunafikan itu tiga:
pertama : jika ia berkata, ia akan dusta.
Kedua : jika ia berjanji, ai akan memungkiri janjinya itu.
Ketiga : jika ia diberi amanah ia akan memecahkannya.

Sifat munafik ataupun hipokrit ini, adalah sangat tercela. Dalam agama, seseorang itu akan gianggap munafik jika apa yang diucapkan tidak sama dengan apa yang terkandungdi dalam hatinya.

Seseorang itu mungkin menyukai sahabatnya lantaran untuk mendapatkan seseatu darinya. Ini juga salah satu sifat munafik. Elakkan diri dari memburukkan diri orang lain untuk menyekatnya ia digauli oleh rakan-rakan anda.janganlah membina kejayaan diatas kegagalan orang lain ataupun dengan memburuk-burukkan seseatu pihak.

Lakukan semua perbuatan kerana allah s.w.t. anda bukan sahaja diganjari di dunia dangan akhlak yang baik bahkan anda akan memperolehi ganjaran yang banyak dialam akhirat.

Khamis, 9 Julai 2009

Al-Quran yang Mendidik Jiwa

Generasi sahabat mengenal iman dengan penat lelah dan keringat, perjuangan yang berterusan dan tanpa henti. Maka turunnya Al-Quran secara beransur-ansur menjadi pengubat kepada kelelahan mereka dalam dakwah dan menambat kuat keimanan dalam jiwa mereka.

Kehidupan mereka adalah ‘Kehidupan Al-Quran’. Oleh kerana itu mereka sangat menghargai Al-Quran lebih dari segala yang lain. Segala persoalan mereka dijawab, segala kesalahan mereka ditegur, dan segala amal soleh mereka dijanjikan ganjaran. Mereka hidup dalam makna dan pengertian yang ingin disampaikan oleh Al-Quran.

Al-Quran sangat dekat di hati para sahabat. Bilal r.a pernah bertanya kepada muslimin, “Bagaimanakah kamu dapati Umar?”, mereka menjawab, “Padanya banyak kebaikan, melainkan jika beliau marah, maka itu adalah perkara yang sangat besar”. Kemudian Bilal r.a menjawab, “Jika kamu berada bersamanya ketika beliau sedang marah, maka bacakanlah padanya Al-Quran sehingga hilang marahnya”. Inilah generasi terpilih yang telah dilembutkan hati mereka oleh Al-Quran. Iman telah menguasai diri mereka. Emosi, perasaan, apatah lagi nafsu dan syaitan tidak dapat menundukkan jiwa yang melimpah dengan roh keimanan.

Peranan Membina Akidah

Al-Quran berperanan dalam pembentukan generasi sahabat sebagai sumber utama dalam membentuk akidah yang betul dan bersih. Tetapi dengan berlalunya zaman, dan semakin jauhnya kita dari memahami nilai sebenar Al-Quran, serta kurangnya mengambil manfaat dari Al-Quran, peranan ini telah berkurang. Akidah berubah menjadi perbahasan teori yang panjang dan kompleks sehingga melebihkan aspek pengetahuan semata-mata tanpa penekanan yang sama dalam aspek iman. Iman yang hidup di hati dan mampu merubah manusia.

Realiti ini menolak kita lebih kuat untuk kembali menjadikan Al-Quran sebagai pembina akidah. Wahyu yang mampu membuatkan akal yakin dan hati beriman. Keimanan ini pasti akan terpancar dalam akhlak dan tingkah laku melalui ketaatan serta ibadah. Semua ini boleh kita perolehi melalui tilawah dan tadabbur Al-Quran dengan cara yang betul. Membaca Al-Quran dan menjadikannya sebagai proses peningkatan iman merupakan perkara yang mudah dan kesannya berperingkat.

Cadangan Dalam Tilawah

1. Meletakkan Fokus Dalam Bacaan

Sebagai contoh, kita ingin menanam aspek keesaan Allah dalam jiwa kita. Maka di dalam bacaan kita, kita akan menemui pelbagai bentuk ayat dan bukti yang meyakinkan akal dan jiwa kita tentang keesaaan Allah. Pembacaan yang berterusan dengan fokus akan menguatkan keimanan dan menggerakkan jiwa. Pada waktu lain mungkin kita boleh fokus pada item ‘Nikmat-nikmat Allah’ dan sebagainya.

2. Mengamalkan Al-Quran Dengan Segera

Satu kefahaman yang disertai dengan amal akan terapasak kuat di jiwa kita. Contohnya ketika tilawah kita membaca ayat tentang Infaq atau Sedekah. Maka kita segera meletakkan azam untuk bersedekah dan melaksanakannya. Begitu juga ayat yang memuji kebesaran Allah, maka kita bersegera bertahmid memuji Allah.

3. Mengulang-ulang Ayat Yang Dibaca

Ketika membaca Al-Quran pasti kita akan menemui beberapa ayat yang memberi kesan kuat kepada hati kita. Maka ulangilah ayat-ayat tersebut dengan tadabbur dan khusyuk. Kerana sesungguhnya hidayah datang dalam pelbagai sudut dan bentuk.

Semoga Al-Quran menjadi teman hidup kita sentiasa. Menjadi pengubat kesedihan dan penenang keresahan.

Isnin, 6 Julai 2009

SIKAP
Terdapat tiga ratus anggota polis yang membunuh diritiap-tiap tahum di amarika. sepuluh diantaranya berlaku di kota metropolitan new york. sejak tahun 1987 jumlah anggota polis yang membunuh dirisemakin ramai. fenomena ini menggelisahkan penguasa maka kerajaan pun segera melakukan siasatan puncanya.


Akhirnya, badan tersebut berkesimpulan bahawa punca utamanya adalah keadaan lingkungan yang terus-menerus menekan mentel mereka. mereka terus dituntut untuk menahan diri sekalipun dalam keadaan tersepit, dituntu untuk dapat bertahan menghadapi tekanan-tekanan yang semakin kuat sesuai meningkatnya bilangan kejahatan, dan dituntut untuk bertahan menghadapi bemacam-macam penderitaan kerana hubungan langsung denagn orang-orang jahat dan menyaksikan pelbagai jenis mengsa kejahatan.


Kesimpulan selanjutnya adalah kewujudan senjata ditangan mereka. Yang memudahkan jalan mereka kearah membunuh diri.
Dalam penelitian itu juga ada disebutkan bahawa 80% dari tragedi bunuh diri itu dilakukan menggumakan senjata mereka sendiri. dam semuanya melakukannya denagn pistolnya sendiri.