Selasa, 22 Disember 2009

Ulama Kian Berkurang

Rusuhan pengebumian ulama Iran


BEBERAPA penentang dan penyokong kerajaan bergaduh semasa pengebumian Ayatollah Hossein di bandar Qom semalam.





TEHERAN - Polis Iran bertempur dengan penyokong-penyokong arkitek Revolusi Iran, Ayatollah Hossein Ali Montazeri (gambar) selepas pengebumian ulama terkenal itu di Qom, 1,081 kilometer dari sini semalam.

Ayatollah Hossein meninggal dunia pada Sabtu lalu semasa berusia 87 tahun dan dia amat diingati kerana memberi inspirasi kepada rerformis Iran dan aktivis hak asasi serta mengkritik rejim ulama.

"Menurut laporan, polis dan pasukan keselamatan bertempur dengan sekumpulan orang ramai selepas pengebumian Ayatollah Hossein Ali," lapor laman web pembangkang, Kaleme.org.

"Anggota-anggota polis menangani tindakan orang ramai yang menjerit slogan di depan rumahnya manakala terdapat sejumlah orang membaling batu ke arah mereka," kata laporan tersebut.

Laman itu melaporkan ratusan ribu penduduk menghadiri majlis pengebumian tersebut dan sebahagian besar mereka memakai lilitan kain berwarna hijau iaitu simbol kumpulan antikerajaan.

Pemimpin pembangkang, Mir Hossein Mousavi dan Mehdi Karroubi turut hadir namun pengebumian tersebut dicemari dengan pergaduhan antara para penyokong kerajaan dan penentang.

"Kumpulan Ansar Hezbollah datang dan mahu mengganggu pengebumian.

"Mereka (anggota kumpulan itu) meninggalkan upacara pengebumian itu selepas bergaduh dengan sekumpulan penduduk," kata laman web Rahesabz.net.

Ulama itu merupakan arkitek Revolusi Islam pada 1979 yang menggulingkan pemerintahan beraja Shah Iran dikebumikan di kawasan makam pemimpin ternama Syiah, Masoumeh di bandar Qom. - AFP


sumber-kosmo online