Rabu, 19 Ogos 2009

Keistimewaan Sepuluh Malam Terakhir Ramdhan




Keistimewaan Sepuluh Malam Terakhir Ramdhan

Alangkah cepatnya masa berlalu meninggalkan kita di saat-saat kita seronok melaksanakan ibadah, Ramadhan semakin hampir menutupkan tirainya meninggalkan kita. Sedihnya kita tika ini mungkinkah kita kan bersama Ramadhan lagi pada tahun-tahun akan setelah dia meninggalkan kita kelak .bagaikan kekasih melangkah pergi, rindu kepilu hati nurani , lantaran peluang yang ada kita manfaatkan semaksima mungkin.

Sepuluh hari terakhir Ramadhan merupakan saat di mana Rasulullah SAW lebih meningkatkan amal ibadat baginda dengan qiamul lail, beriktikaf, bersedekah, tilawah Al-Quran dan juga mengejutkan ahli keluarga baginda untuk bersungguh-sungguh mengerjakan ibadat bersama baginda .

أن النبي صلى الله عليه وسلم كان يجتهد في العمل فيها أكثر من غيرها.. ففي صحيح مسلم عن عائشة رضي الله عنها :
أن النبي صلى الله عليه وسلم كان يجتهد في العشر الأواخر مالا يجتهد في غيرها ) رواه مسلم

Sesungguhnya nabi saw bersungguh-sungguh beramal dalam bulan Ramadhan tidak seperti bulan-bulan lainnya, manakala dalam Sohih Muslim Aisyah RA menyatakan : “ sesungguhya nabi saw bersungguh-sungguh beribadat dalam sepuluh akhir Ramadhan dan tidaklah seperti mana (dibulan-bulan ) selainnya “. HR. Muslim

Hadis ini menggambarkan kepada kita bahawa Rasulullah SAW begitu bersungguh-sungguh mengerjakan amal ibadat walau pun baginda tidak melakukan dosa .Namun baginda telah memberikan satu contoh teladan kepada kita umatnya dalam menghayati sepuluh hari terakhir Ramadhan. Panduan yang diberikan oleh baginda ini menunjukkan betapa bernilainya bernilainya saat-saat sepuluh hari terakhir Ramadhan. Amat malanglah jika sekiranya kita semakin lemah dan semakin cuai dalam melakukan ibadat meski pun Ramadhan semakin hampir meninggalkan kita. Tidaklah terbukti penantian kita pada Ramadhan bagaikan menanti kehadiran kekasih yang dirindui dan amat sedih menghantarkannya pergi meninggalkan kita


Rasulullah diakhir 10 Ramadhan

عن عائشة قالت : كان رسول الله إذا دخل العشر الأواخر من رمضان أحيا الليل ، وأيقظ أهله وجدَّ وشدَّ المِئْزَر
متفق عليه

Daripada A’ishah katanya : bahawa Rasulullah SAW apabila sampai sepuluh hari yang terakhir dari bulan Ramadhan , baginga banyak melakukan ibadat kemudian baginda membangunkan ahli kelurganya dan baginda juga menjauhkan diri dari melayan dan bergaul dengan isterinya .
HR Al-Bukhari dan Muslim

تحروا ليلة القدر فى الوتر من العشر الأ واخر من رمضانَ رواه البخارى

Daripada A’ishah berkata : Rasulullah bersabda: “ carilah Lailatul Qadar pada malam yang ganjil dari sepuluh hari yang terakhir bulan Ramadhan “
HR Al-Bukhari

عن عائشة قالت : كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يُجاوِرُ فى العشْر الأ واخر من رمضان ، يقول : تَحَرَّوْا ليلة القدر فى العشر الأ واخر من رمضانَ متفق عليه

A’ishah berkata : Rasulullah beri’tikaf di masjid dalam sepuluh hari yang terakhir dalam bulan Ramadhan, baginda bersabda : “ carilah Lailatul Qadar dalam sepuluh malam yang terakhir dari bulan Ramadhan “
HR. Bukhari dan Muslim

وعن عائشة -رضي الله عنها- قالت: كان رسول الله –صلى
الله عليه وسلم- إذا دخل العشر -أي العشر الأخيرة من رمضان- شد مئزره وأحيا ليله وأيقظ أهله متفق عليه.

Dan apabila masuknya sepuluh malam terakhir dalam bulan ramadhan baginda menarik kain selimutnya dan menghidupkan kan malamnya justeru mengejutkan ahlinya.

وعنها -رضي الله عنها-: أن النبي -صلى الله عليه وسلم- كان يعتكف العشر الأواخر من رمضان حتى توفاه الله -عز وجل- ثم اعتكف أزواجه من بعده متفق عليه

Daripada A’ishah berkata:
“ Sesunguhnya baginda beri’tikaf pada sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan sehinggalah baginda wafat, dan selepas itu isteri-isterinya mengikut sunahnya selepasnya
-
فهذه العشر كان يجتهد فيها صلى الله عليه وسلم أكثر مما يجتهد في غيرها من الليالي والأيام من انواع العبادة : من صلاة وقرآن وذكر وصدقة وغيرها

Dalam riwayat yang lain :dan inilah sepuluh yang nabi saw bersungguh daripada malam-malam & hari-hari yang lain dengan ibadat-ibadat yang berikut : solat,baca al-quran,berzikir,sedekah dan lain-lain
Lailatul Qadar
ِ
إنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدرِ (1) وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدرِ (2) لَيْلَةُ الْقَدرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ }(3) سورة القدر

1. Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar,
2. dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa Dia kebesaran malam Lailatul-Qadar itu?
3. malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.

رحم الله رجلا قام من الليل فصلى ثم أيقظ امرأته فصلت ، فإن أبتْ نضح فى وجهها الماء ، ورحم الله امرأة قامت من الليل فصلت ثم أيقظت زوجها فصلى ، فإن نضَحتْ فى وجهه الماء .

Allah merahmati seorang lelaki yang bangun malam mengerjakan solat kemudian mengejutkan isterinya untuk bersolat,jika beliau ingkar(yakni isteri)maka dipercikkan air ke mukanya ,dan Allah merahmati seorang perempuan yang bangun malam mengerjakan solat kemudian mengejutkan suaminya untuk bersolat,jika beliau ingkar maka dipercikkan air kemukanya
Rasulullah bersabda :

إذا أيقظ الرجل أهله من الليل فصليا ، أو صلى ركعتين جميعا ، كتبا فى الذاكرين والذاكرات

Jika sesaorang suami mengejutkan isterinya dan mereka solat bersama-sama.atau solat dua rakaat secara bersendirian maka mereka dicatat sebagai golongan yang selalu mengingat Allah

عن أبى هريرة رضى الله عنه أن النبى صلى الله عليه و سلم قال (( من قام ليلة القدر إيماناً و إحتساباً , غفر له ما تقدم من ذنبة )) ::: رواة البخارى و مسلم ::: ,,, و عن عائشة رضى الله عنها قالت , قلت يا رسول الله أرأيت إن علمت أى ليلة ليلة القدر , ما أقول فيها ؟ قال (( قولى : اللهم إنك عفو كريم تحب العفو فأعفو عنى )) ::: رواة أحمد و ابن ماجة و الترمذى و صححة

Daripada abi hurairah ra daripada nabi saw : barang sesiapa yang bangun di malam lailatul qadar dalam keadaan beriman dan bermuhasabah,maka diampunkan dosanya yang telah lalu..

Daripada Aisyah ra berkata,aku bertanya rasulullah saw,jika aku mengetahui malam yang aku bangun itu adalah malam lailatul qadar,maka apakah yang perlu aku pinta?rasulullah saw berkata : katalah : ya Allah ya tuhanku engkaulah yang suka mengampuni setiap dosa yang ada,maka ampunkanlah dosa aku.
Rasulullah bersabda :

إن الصوم أمانة ، فليحفظ أحدكم أمانته

“ Sesungguhnya puasa itu adalah amanah,maka hendaklah kamu memelihara setiap amanahnya “

BOLEH JADI LEBIH BAIK

Imam as-sayuti pernah menulis satu buku yang bertajuk al-raj ba’dal faraj. Di dalam buku tersebut dia memetik pendapat kalangan ilmuan bahawa sesuatu yang sangat dicintai banyak terdapat hal-hal yang tidak disenangi, dan bahawa musibah-musibah itu menampakan keajaiban-keajaiban dan kesenangan yang tidak disedari oleh hamba kecuali semua terungkap.

Demi usiamu, bagaimana mesti berlindung dari hambatan zaman atau menjauhinya
Dia lihat sesuatu yang dihindarinya, dan takut
Padahal perlindungan allah yang tidak nampak jauh lebih besar.
javascript:void(0)