Rabu, 30 Disember 2009

sekadar menyampaikan.

perhatian wahai umat ISLAM,
bila sampai 31disember,berape ramaikah yg bersedia meraikan tahun baru?
tetapi sedarkah merka bahawa telah difatwakan oleh,
Sheikh al-Azhar,Sheikh Tantawi,Sheikh Yusof al-Qodrawi,dan ulama'2 kotemporary
bahawa menyambut tahun baru bererti
menyambut ulangtahun hari jadi tuhan yahudi&kristian.
bagi mereka yg xtahu,hukumnya fasiq(dosa besar),
tetapi bagi meraka yg dah tahu,hukumnya murtad..nauzubiLlah.
jadi,fikir2kanlah!
sebarkanlah kepada saudara islam yg laen semampu anda=]

blog sahabat

Jumaat, 25 Disember 2009

Program Kem Solat

Alhamdulillah program kem solat ini telah berjaya dijalankan dengan lancar sekali.
walaupun keletihan yang teramat sangat tetapi demi islam yang tercinta relaku berkorban apa saja di allah. hasil daripada program tersebut kami dapati masyaallah pelajar dari tahun 5&6 ini banyak yg mereka tidak tahu dalam islam. seperit perkara asas contohnye rukun islam,rukun wudhuk,rukun solat,dan macam-macam lagi ini amat menyedihkan kami. tetapi alhamdulillah mereka dapat mengetahui sedikit sebanyak tentang islam walau pon diri sendiri sudah menjadi seorang muslim. jadi kami berasa sebagai satu tanggungjawab sebagai muslim untuk membimbing mereka, walaupon dengan usia yg agak muda tetapi kusahut cabaran ini. alhamdulillah dengan pelajar seramai 55 orang, dan fasilitator lelaki seramai 6 orang termasuk lah ana, dan fasilitator banat seramai 8 org, alhamdulillah. semoga dapat lagi kita lagi mengadakan program seperti itu lagi. untuk pengetahuan semua proram ini telah dijayakan dengan anjuran ISMA(ikatan muslimin malaysia) dengan kerjasama PEMBINA(persatuan belia nasional) dan KRIM(kelab remaja isma)...

lihat lagi gambar klik di sini.

Selasa, 22 Disember 2009

Ulama Kian Berkurang

Rusuhan pengebumian ulama Iran


BEBERAPA penentang dan penyokong kerajaan bergaduh semasa pengebumian Ayatollah Hossein di bandar Qom semalam.





TEHERAN - Polis Iran bertempur dengan penyokong-penyokong arkitek Revolusi Iran, Ayatollah Hossein Ali Montazeri (gambar) selepas pengebumian ulama terkenal itu di Qom, 1,081 kilometer dari sini semalam.

Ayatollah Hossein meninggal dunia pada Sabtu lalu semasa berusia 87 tahun dan dia amat diingati kerana memberi inspirasi kepada rerformis Iran dan aktivis hak asasi serta mengkritik rejim ulama.

"Menurut laporan, polis dan pasukan keselamatan bertempur dengan sekumpulan orang ramai selepas pengebumian Ayatollah Hossein Ali," lapor laman web pembangkang, Kaleme.org.

"Anggota-anggota polis menangani tindakan orang ramai yang menjerit slogan di depan rumahnya manakala terdapat sejumlah orang membaling batu ke arah mereka," kata laporan tersebut.

Laman itu melaporkan ratusan ribu penduduk menghadiri majlis pengebumian tersebut dan sebahagian besar mereka memakai lilitan kain berwarna hijau iaitu simbol kumpulan antikerajaan.

Pemimpin pembangkang, Mir Hossein Mousavi dan Mehdi Karroubi turut hadir namun pengebumian tersebut dicemari dengan pergaduhan antara para penyokong kerajaan dan penentang.

"Kumpulan Ansar Hezbollah datang dan mahu mengganggu pengebumian.

"Mereka (anggota kumpulan itu) meninggalkan upacara pengebumian itu selepas bergaduh dengan sekumpulan penduduk," kata laman web Rahesabz.net.

Ulama itu merupakan arkitek Revolusi Islam pada 1979 yang menggulingkan pemerintahan beraja Shah Iran dikebumikan di kawasan makam pemimpin ternama Syiah, Masoumeh di bandar Qom. - AFP


sumber-kosmo online


Isnin, 14 Disember 2009

Penduduk Lihat Hukuman Rejam


MOHAMED ditanam dalam lubang di Afgoye, pada Ahad lalu.


MOGADISHU - Sekumpulan militan Islam memaksa penduduk melihat mereka merejam seorang lelaki sehingga mati kerana berzina di Somalia, lapor sebuah akhbar semalam.

Kumpulan itu turut membunuh seorang lelaki kerana didakwa sebagai pembunuh.

Menurut beberapa saksi, hukuman itu mencetuskan pertempuran senjata antara kumpulan tersebut dengan kumpulan lain dengan mengakibatkan tiga militan terbunuh.

Kejadian berlaku di Afgoye, 32 kilometer dari sini pada Ahad lalu.

"Tiga anggota pejuang kumpulan Hizbul Islam terbunuh dan lima lagi cedera apabila mereka saling bergaduh antara satu sama lain," kata seorang pekedai, Halima Osman.

"Sebahagian anggota kumpulan itu mahu menangguhkan hukuman manakala yang lain menentangnya.

"Anggota-anggota itu kemudian berbalas tembakan.

"Kumpulan yang menentang hukuman itu tewas dan kemudian melarikan diri," tambahnya.


SEORANG lelaki menimbus tanah di dada Mohamed.


Sebelum dijatuhkan hukuman mengikut undang-undang syariah, Hakim Osman Siidow Hasan memberitahu penduduk, dua lelaki itu mengaku melakukan kesalahan selepas siasatan dilakukan.

Seorang wanita yang mengaku melakukan hubungan seks di luar nikah turut dihukum 100 kali sebatan.

"Ini merupakan hari penghakiman," kata Osman kepada orang ramai.

"Kami telah melakukan siasatan dan mereka sudah mengaku," tambahnya.

Hukuman itu dibuat selepas pertempuran antara kumpulan yang menentang dan kumpulan yang mahu hukuman itu dilaksanakan dengan segera berakhir.

Seorang anggota keluarga mangsa yang dibunuh kemudian menembak mati penembaknya yang telah ditangkap.


BEBERAPA orang merejam Mohamed sehingga dia mati.


Pesalah zina tersebut, Mohamed Abukar Ibrahim ditanam di dalam lubang sehingga ke dada dan direjam sehingga dia mati.

"Saya tidak sanggup untuk melihatnya," kata seorang lelaki, Ali Gabow.

Menurutnya, seorang wanita yang mengaku berzina itu dihukum 100 kali sebatan kerana dia menyatakan dirinya masih belum berkahwin. - Agensi

sumber- Kosmo

Khamis, 10 Disember 2009

Anak Osama bin Laden Dilarang Masuk Britain

omar membuat rayuan memasuki britain pada 2008

LONDON - Rayuan Omar Laden, anak lelaki kepada pemimpin rangkaian al-Qaeda, Osama bin Laden untuk memasuki Britain ditolak oleh tribunal imigresen negara itu kelmarin.

Timbalan Presiden Tribunal Perlindungan dan Imigresen, Mark Ockelton berkata, perkahwinan mereka tidak boleh dianggap sah mengikut undang-undang England kerana pada masa sama mereka telah berkahwin dengan orang lain.

Omar, 28, sebelum ini membuat rayuan berhubung permohonannya untuk berpindah ke Britain yang ditolak pada April 2008 lalu.

Dia mahu berpindah ke Britain dengan seorang wanita Britain, Zaina Alsabah, 54 yang didakwa Omar dikahwininya pada 2007 di Arab Saudi.

Pada tahun lalu, pihak berkuasa Britain menyatakan punca Omar tidak dibenarkan memasuki negara itu ialah kerana dia masih menunjukkan kesetiaan pada bapanya.

Pihak berkuasa Britain turut menyatakan kehadirannya di negara itu akan mencetuskan kebimbangan di kalangan orang awam.

Omar, yang mendakwa tidak pernah menemui bapanya sejak tahun 2000, ialah anak keempat daripada 11 beradik menerusi isteri pertama Osama.

Isteri Omar itu yang dikenali sebagai Jane Felix-Brown sebelum memeluk agama Islam pernah berkahwin sebanyak lima kali.

Menurut tribunal itu, kesihatan isteri Omar itu berada pada tahap yang teruk dan dia menghidap penyakit sklerosis. - AFP

Sumber- kosmo

KOMIK TERBARU..

PERAK DARUL KARTUN..






KUALA LUMPUR, 10 Dis: Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak Datuk Seri Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin akan melancarkan komik "Perak Darul Kartun" (PDK) pada Ahad, 13 Disember ini, jam 4 petang.

Majlis pelancaran akan diadakan di Pusat Khidmat Rakyat Dun Bukit Antarabangsa yang beralamat di No 2, Lorong Perak, Pusat Bandar Taman Melawati, Hulu Kelang, Kuala Lumpur.

"Pelancaran akan dilakukan bersama oleh Adun Bukit Antarabangsa, Azmin Ali," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Perak Darul Kartun adalah komik terbaru hasil karya terbaru Zunar bersama pasukan kartunisnya yang terdiri dari Ronasina (Mohd. Affandi Ramli), Jonos (Nor Azlin Ngah), Art (Azhar Saad).Orang-orang (Azlan Isa) dan Naza (Nazruddin Abu Bakar).

Ianya sebagai penerbitan berterusan syarikatnya Sepakat Efektif selepas permit penerbitan Gedung Kartunnya mempunyai masalah dengan pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN).

PDK mempunyai ketebalan 80 muka surat tidak termasuk kulit muka (dengan penambahan 12 muka surat berbanding Gedung Kartun) dan dijual dengan harga RM10 setiap naskhah.

Turut menyumbang karya dalam komik tersebut adalah Haili, Oly, Roy, Enot, AJ, Warih, Kidol, Madsein, Kawe, Ubi Lepih, Nur, Fahmi dan Buzu.

Manakala penulis penyumbang/kolumnis ialah Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said, penulis, Hishamuddin Rais, Pyanhabib, Rahmat Haron, Pusparos dan Benludin.

Seperti juga Gedung Kartun, PDK menampilkan karya-karya kartun dan rencana yang mengkritik pedas kebobrokan, salah-guna kuasa, rasuah penguasa dengan sepuluh muka surat pertama ditumpukan kepada isu 'rampasan kuasa' di Perak oleh kerajaan BN.

Selain itu ianya juga memuatkan ruangan khas watak pemimpin negara bernama “Datuk Nazak”, slot “Negaraku” dan tiga muka surat karya Enot bertajuk “Nostalgia 98” yang mengimbas kembali sejarah ketika gelombang reformasi tercetus.

Ruangan “Selangor Tanahairku” diteruskan untuk memberi publisiti tentang dasar-dasar kerajaan Pakatan Rakyat dengan pelbagai program kebajikan yang telah dijalankan.

sumber- Harakahdaily

Dr Asri Bantah JAIS Bawa Kes Ke Shah Alam

Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin - yang menghadapi tuduhan mengajar agama Islam tanpa tauliah - mengemukakan bantahan awal terhadap permohonan semakan oleh pihak pendakwaan berhubung keputusan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur yang menolak untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Mohd Asri, 38, memfailkan bantahan awal itu hari ini melalui peguamnya Kamar Ainiah Kamaruszaman, dengan alasan antaranya, pertuduhan terhadapnya bukan satu kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam, justeru beliau tidak boleh didakwa di mahkamah syariah kerana ia bertentangan dengan Seksyen 61 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.

Beliau berkata pertuduhan terhadapnya yang dibuat mengikut Seksyen 119 (1) enakmen pentadbiran itu bercanggah dengan prinsip Islam dan, dengan demikian, peruntukan itu tidak konsisten dengan hukum syarak serta hendaklah terbatal.

Dalam notis bantahan awalnya, Mohd Asri juga mendakwa peruntukan Seksyen 119 (1) itu melampaui kuasa Perlembagaan Persekutuan khususnya Artikel 10 (1)(a) yang menjamin setiap warga negara berhak bebas bercakap dan mengeluarkan fikiran.

Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Mohammad Adib Husain, menetapkan 6 Jan tahun depan untuk mendengar hujahan kedua-dua pihak berhubung bantahan awal itu.

Pada 18 Nov lepas, Mohd Asri (foto, kanan) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, terhadap pertuduhan mengajar agama Islam tanpa tauliah yang didakwa dilakukan di sebuah kediaman di Lorong 2 C, Taman Sri Ukay, Ampang, antara 8.10 malam dan 9.45 malam 1 Nov lepas.

Bagi kesalahan itu, beliau didakwa mengikut Seksyen 119 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 yang membawa hukuman denda sehingga RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pihak pendakwaan yang diketuai ketua pendakwa syarie Selangor, Abdul Shukor Abdul Hamid mengemukakan permohonan agar kes itu dibawa ke Mahkamah Tinggi Shah Alam dengan alasan segala fakta dalam kes itu melibatkan pemakaian dan tafsiran yang lebih tepat dan berpengalaman mengikut undang-undang, selain mendapat liputan media massa, dan juga tertuduh mempunyai pengaruh besar dalam kalangan masyarakat luar.

Hakim syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad bagaimanapun menolak permohonan itu dengan alasan bahawa permohonan itu hanya dibenarkan jika pihak pendakwaan mengemukakan alasan yang munasabah dan lebih tepat serta mungkin menyebabkan berlaku prejudis kepada tertuduh dan subjudis kepada mahkamah.

Pihak pendakwaan yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu kemudian memfailkan permohonan semakan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam. MALAYSIAKIN..

Persoalannya disini adakah seorang bekas mufti menjadi pengajar yang tidak bertauliah..??