Ahad, 12 Julai 2009

MENUNAIKAN AMANAH JIKA DIBERI AMANAH

Amanah adaah satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan sebaik mungkin. Amanah mungkin dalam bentuk jawatan yang dipegang, harta atau wang yang dititipkn ataupun diserahkan untuk menjaganya mahupun kiriman salam yang dikirimkan. Tidak menyebarkan keburukan orang lain juga dikira sebagai amanah.

Seorang murid amanahnya adalah pelajaranya, harta-harta sekelohnya, dan lain-lain lagi yang bersangkutan dengan pembelajarannya. Seorang pelajar akan dianggap memecahkan amanah jika mengabaikan pelajarannya, merosakkan harta benda milik sekolahnya, mencela guru-gurunya dan lain-lain lagi perbuatan yang negaif.

Mingintip atau mendengar percakpan orang lain juga termasuk juga dalam golongan memecahkan amanah (khianat). Janganlah mengatakan seseuatu dengan beralaskan atau menggunakan (eksplotasi) nama orang lain, padahal ianya direk-reka sendiri. Meniru kertas jawapan orang lain di bilik peperiksaan juga dikira sebagai pengkianat. Berlagak serba-serbinya tahu sedangkan diri sendiri tidak mengetahuinyadikira juga sebagai pecah amanh atau khianat.sebagi seorang yang menuntut ilmu hendaklah kita menghindari dari benda-benda ini.

Hindarilah dari sifat pecah amanah, lantaran alamat kemunafikan itu tiga:
pertama : jika ia berkata, ia akan dusta.
Kedua : jika ia berjanji, ai akan memungkiri janjinya itu.
Ketiga : jika ia diberi amanah ia akan memecahkannya.

Sifat munafik ataupun hipokrit ini, adalah sangat tercela. Dalam agama, seseorang itu akan gianggap munafik jika apa yang diucapkan tidak sama dengan apa yang terkandungdi dalam hatinya.

Seseorang itu mungkin menyukai sahabatnya lantaran untuk mendapatkan seseatu darinya. Ini juga salah satu sifat munafik. Elakkan diri dari memburukkan diri orang lain untuk menyekatnya ia digauli oleh rakan-rakan anda.janganlah membina kejayaan diatas kegagalan orang lain ataupun dengan memburuk-burukkan seseatu pihak.

Lakukan semua perbuatan kerana allah s.w.t. anda bukan sahaja diganjari di dunia dangan akhlak yang baik bahkan anda akan memperolehi ganjaran yang banyak dialam akhirat.