Isnin, 16 November 2009

Banjir adalah satu bala dari allah.

Banjir yang sedang melanda negara kita adalah satu ujian yang kecil dari yang maha esa kepada kita sebagai satu peringatan kepada kita yang terlalai, satu telah membuktikan bahawa rakyat malaysia adalah rakayat yang mewah dengan makanan, samapai membazir allah berfirman ”sesungguhnya orang yang membazir itu adalah sahabat syaitan” banyak pekara dalam hidup kita ini kalau kita hitung balik dalam sehari berapa banyakah amalan yang kita lakukan, kita lebih kepada kesibukan duniawi sedang kita dituntut untuk beribadah kepadanya, tetapi jangan sampai lupa tugas kita sebagai seorang khalifah dimuka bumi yang indah ini untuk mengembangkan islam, sabda rasulullah s.w.t. yang bermaksud ”Dunia ini adalah penjara bagi orang mukmin, dan syurga bagi orang kafir” maka kita janganlah melebih-lebihkan atau bermewah-mewah dengan kehidupan kita bersederhanalah dengan apa yang ada. Kita perlu mengubah hidup kita supaya tidak bermewah-mewah kerana orang yang mewah ini kebanyakannya akan lupa akan yang maha esa, dan suatu kaum yang lalai terhadap tanggungjawab kepada allah ini akan diberi bala olehnya, dan antara bala yang kita telah dapat lihat sekarang ini ialah seperti penyakit yang belum ditemui ubatnya seperti H1N1, HIV dan sebagainya dan bala-bala yang secara langsung yang telah diberi kepada kita seperti gempa bumi, taufan, dan sebagainya allah telah berfirman dalam kitabnya yang agong yang bermaksud ” dia (allah) tidak akan mengubah sesuatu kaum sehingga dia yang mengubah dirinya sendiri" maka beringatlah bahawa kita adalah seseorang yang hina yang tidak mempunyai apa-apa yang ada hanyalah pinjaman kepada kita. Jadilah kita sebagai orang yang bertaqwa kepadanya..

Rabu, 11 November 2009

Niat..

Niat adalah suatu perkara yang agak penting dalam kehidupan seharian maanusia. Sabda rasulullah yang bermaksud “setiap perkara yang dilakukan mesti berniat” setiap perkara yang kita lakukan mesti ada niat tertentu sama ada baik atau buruk.kita sebagai seorang pelajar atau seorang pekerja atau seorang pendakwah mestilah sentiasa memperbaharui niat kita.

Kelebihan kita yang telah diberi oleh allah suhanahu wataala kepada kita ialah sebagai seorang muslim setiap perkara yang diniat untuk melakukan perkara baik akan mendapat pahala walau tidak melakukan perkara tersebut. Namun jikalau kita berniat kepada perkara kejahatan nescaya ia tidak akan mengiranya jika kita tidak melakukannya.

Niat mesti selalu diperbahurui di setiap masa atau setiap kerja yang akan kita lakukan, kerana kita khuatir kerja yang kita lakukan itu akan berunsur riak, riak amat dimurka oleh allah. Moga-moga setiap perkara yang kita lakukan akan mendapat keberkatan dari allah subhanahu wataala.