Khamis, 25 Ogos 2011

fadilat hari jumaat

Hari jumaat adalah penghulu segala hari..

ada dua waktu di antaranya yang mustajab doa..

  1. selepas khutbah pertama.
  2. waktu asar sebelum masok waktu maghrib.(antara waktu yang mustajab doa)

Ahad, 21 Ogos 2011

hmmmmm!!!

Indahnya pagi yang hening ini dengan kilauan burung yang menengkan fikiran...


Sedar-sedar sudah 22 ramadhan tahun 2011 dah...ya alllah alangkah cepatnya dikau berlalu tanpa menggu....

Rabu, 10 Ogos 2011

Ketenangan


Alhamdulillah tenangnya diri ini apbila berada di sebuah tempat yang ba
nyaknya ilmu dan bahan bacaan yang bermanfaat..


perpustakaan kolej university insaniah.

Selasa, 9 Ogos 2011

Kesakitan . . .

kesakitan mengajar kita erti kesabaran..
jadikanlah aku seperti sahabat-sahabat rasulullah yang resah gelisah apa bila tidak di uji dengan kesakitan..

Moga ia menjadi kaffarah dosa-dosaku..

Isnin, 8 Ogos 2011

Adakah kita bebas..?


Adakah kita sudah bebas seperti burung merpati yang putih terbang melebarkan sayapnya..

Atau pun kita ibarat kucing yang masih dibelai oleh tuannya.....


Sabtu, 2 Julai 2011

Jauhi Berburuk Sangka Dan Ujub

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Sifat buruk sangka, bangga diri, ujub dan sombong adalah sifat-sifat mazmumah yang perlu kita jauhi. Tanpa kita sedari bahawa apabila sifat-sifat ini telah bertapak dalam hati kita akan menyebabkan hati kita berpenyakit dan akan merosakkan amalan kita kepada Allah S.W.T.

Terdapat satu kisah seorang ulama sufi bernama Hassan al-Basri dengan seorang pemuda berdua-duaan dengan seorang wanita.

Suatu hari di tepi sungai Dajlah, Hassan al-Basri melihat seorang pemuda duduk berdua-duaan dengan seorang wanita. Di sisi mereka terletak sebotol arak. Lalu Hassan berbisik "Alangkah jahatnya orang itu dan alangkah baiknya kalau dia seperti aku!"

Tiba-tiba Hassan melihat sebuah perahu di tepi sungai yang sedang tenggelam. Lelaki yang duduk di tepi sungai tadi segera terjun untuk menolong penumpang perahu yang hampir lemas. Enam dari tujuh penumpang itu berjaya diselamatkan.

Kemudian dia berpaling ke arah Hassan al-Basri dan berkata, "Jika engkau memang lebih mulia daripada saya, maka dengan nama Allah, selamatkan seorang lagi yang belum sempat saya tolong. Engkau diminta untuk menyelamatkan satu orang saja, sedang saya telah menyelamatkan enam orang."

Bagaimanapun Hassan al-Basri gagal menyelamatkan yang seorang itu. Maka lelaki itu bertanya padanya. "Tuan, sebenarnya wanita yang duduk di samping saya ini adalah ibu saya, sedangkan botol itu hanya berisi air biasa, bukan arak. Ini hanya untuk menguji tuan."

Hassan al-Basri terpegun lalu berkata, "Kalau begitu, sebagaimana engkau telah menyelamatkan enam orang tadi daripada bahaya tenggelam ke dalam sungai, maka selamatkanlah saya daripada tenggelam dalam kebanggaan dan kesombongan."

Orang itu menjawab, "Mudah-mudahan Allah mengabulkan permohonan tuan."

Semenjak itu, Hassan al-Basri selalu merendahkan diri bahkan ia menganggap dirinya sebagai makhluk yang tidak lebih daripada orang lain.

"Sesungguhnya orang-orang yang percaya pada keterangan Kami, ialah orang yang apabila dibaca ayat-ayat itu kepada mereka, mereka sujud, tasbih memuji Tuhan dan mereka tidak menyombongkan diri. Mereka meninggalkan tempat tidurnya menyeru Tuhannya dengan perasaan penuh kecemasan dan pengharapan dan mereka membelanjakan (di jalan kebaikan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka," (Surah as-Sajadah:15-16)


sekian sumber : i l u v e i s l a m


Khamis, 9 Jun 2011

aqu adalah aqu

Kini sudah ku melangkah kaki ke tempat yang asing bagi ku,,tp bukan bhasanya asing...
dengan harapan hati doa dari kalian semua...

Isnin, 2 Mei 2011

BERFIKIRLAH...


Berhentilah saudara dari memikirkan soal politik..berfikirlah sejenak tentang masalah umat islam sekarang, berfikirlah tentang ghazwul fikri yahudi laknatullah, berfikirlah tentang aqidah kita sekrang yang kian terjejas dek kejahilan umat sekarang..

kita mudah terpedaya dengan ajakan2 yang membingungkan,..

berfikirlah kearah perkembangan islam, bukan bermaksud berhati dadri bersosial,berpolitik dan sbgainya..tpi timbulkanlah kerisauan dalam dri masing2 tntg khdupan umat skrg...kita sedang dijajah dengan berbagai tipu daya,..untuk pengetahuan pembaca aqidah di malaysia semakin trok dijajah, syiah yang sememangnya sesat kerana menolak al-quran dan ass-sunnah kini mempunyai keahlian seramai lebih 30.000 org di malaysia..

berfikirlah dan renung lah wahai sahabatku....

benarkah osama dibunuh..??

menjadi tanda tanya..?..adakah ia sekadar iguan us..?...

Setelah berita Osama Bin Laden yang telah Mati Dibunuh serangan Amerikatersebar meluas, Gambar menunjukkan rakyat Amerika telah meraikan kematian tersebut secara besar- besaran terutamanya di hadapan White house dan kedutaan di Amerika di seluruh dunia. Bagi pihak umat islam, adekah Osama dianggap sebagai pengganas?

Bagaimana pula dengan tindakan Amerika Syarikat yang dengan rakusnya membunuh rakyat Afghanistan, Iraq Libya? tidakkah mereka yang sepatutnya digelar pengganas. Israel pula dengan rakusnya melakukan serangan setiap hari terhadap rakyat Palestin, merekalah pengganas sebenarnya. Cakap banyak tak gune.

Jom la kita tengok wajah yang dikatakan mayat Osama Bin Laden

Wajah mayat Osama Bin Laden

Perbandingan wajah Osama Bin Laden

Inilah wajah Osama setelah dibunuh, Kita lihat pula bagaimana rakyat di Amerika meraikan kematian Osama. Kematian seorang insan yang sangat mereka nantikan.

Rakyat Amerika Meraikan kematian Osama



Ape pendapat anda dengan kematian Osama? Adekah Keganasan akan terhenti? Adekah dengan ini menunjukan pihak Amerika akan mengundurkan tenteranya.?