- selepas khutbah pertama.
- waktu asar sebelum masok waktu maghrib.(antara waktu yang mustajab doa)
Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.
Khamis, 25 Ogos 2011
fadilat hari jumaat
Ahad, 21 Ogos 2011
hmmmmm!!!
Rabu, 10 Ogos 2011
Ketenangan
Selasa, 9 Ogos 2011
Kesakitan . . .
Isnin, 8 Ogos 2011
Adakah kita bebas..?
Sabtu, 2 Julai 2011
Jauhi Berburuk Sangka Dan Ujub
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Sifat buruk sangka, bangga diri, ujub dan sombong adalah sifat-sifat mazmumah yang perlu kita jauhi. Tanpa kita sedari bahawa apabila sifat-sifat ini telah bertapak dalam hati kita akan menyebabkan hati kita berpenyakit dan akan merosakkan amalan kita kepada Allah S.W.T.
Terdapat satu kisah seorang ulama sufi bernama Hassan al-Basri dengan seorang pemuda berdua-duaan dengan seorang wanita.
Suatu hari di tepi sungai Dajlah, Hassan al-Basri melihat seorang pemuda duduk berdua-duaan dengan seorang wanita. Di sisi mereka terletak sebotol arak. Lalu Hassan berbisik "Alangkah jahatnya orang itu dan alangkah baiknya kalau dia seperti aku!"
Tiba-tiba Hassan melihat sebuah perahu di tepi sungai yang sedang tenggelam. Lelaki yang duduk di tepi sungai tadi segera terjun untuk menolong penumpang perahu yang hampir lemas. Enam dari tujuh penumpang itu berjaya diselamatkan.
Kemudian dia berpaling ke arah Hassan al-Basri dan berkata, "Jika engkau memang lebih mulia daripada saya, maka dengan nama Allah, selamatkan seorang lagi yang belum sempat saya tolong. Engkau diminta untuk menyelamatkan satu orang saja, sedang saya telah menyelamatkan enam orang."
Bagaimanapun Hassan al-Basri gagal menyelamatkan yang seorang itu. Maka lelaki itu bertanya padanya. "Tuan, sebenarnya wanita yang duduk di samping saya ini adalah ibu saya, sedangkan botol itu hanya berisi air biasa, bukan arak. Ini hanya untuk menguji tuan."
Hassan al-Basri terpegun lalu berkata, "Kalau begitu, sebagaimana engkau telah menyelamatkan enam orang tadi daripada bahaya tenggelam ke dalam sungai, maka selamatkanlah saya daripada tenggelam dalam kebanggaan dan kesombongan."
Orang itu menjawab, "Mudah-mudahan Allah mengabulkan permohonan tuan."
Semenjak itu, Hassan al-Basri selalu merendahkan diri bahkan ia menganggap dirinya sebagai makhluk yang tidak lebih daripada orang lain.
"Sesungguhnya orang-orang yang percaya pada keterangan Kami, ialah orang yang apabila dibaca ayat-ayat itu kepada mereka, mereka sujud, tasbih memuji Tuhan dan mereka tidak menyombongkan diri. Mereka meninggalkan tempat tidurnya menyeru Tuhannya dengan perasaan penuh kecemasan dan pengharapan dan mereka membelanjakan (di jalan kebaikan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka," (Surah as-Sajadah:15-16)
sekian sumber : i l u v e i s l a m
Khamis, 9 Jun 2011
aqu adalah aqu
dengan harapan hati doa dari kalian semua...
Isnin, 2 Mei 2011
BERFIKIRLAH...
benarkah osama dibunuh..??
Bagaimana pula dengan tindakan Amerika Syarikat yang dengan rakusnya membunuh rakyat Afghanistan, Iraq Libya? tidakkah mereka yang sepatutnya digelar pengganas. Israel pula dengan rakusnya melakukan serangan setiap hari terhadap rakyat Palestin, merekalah pengganas sebenarnya. Cakap banyak tak gune.
Jom la kita tengok wajah yang dikatakan mayat Osama Bin Laden
Wajah mayat Osama Bin Laden |
Perbandingan wajah Osama Bin Laden |
Inilah wajah Osama setelah dibunuh, Kita lihat pula bagaimana rakyat di Amerika meraikan kematian Osama. Kematian seorang insan yang sangat mereka nantikan.
Rakyat Amerika Meraikan kematian Osama |
Ape pendapat anda dengan kematian Osama? Adekah Keganasan akan terhenti? Adekah dengan ini menunjukan pihak Amerika akan mengundurkan tenteranya.?